Assalamualaikum & Hi

Manusia memang sukakan kecantikan. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Maksud kecantikan juga adalah subjektif dan bergantung kepada individu. Ada yang memandang kecantikan dari segi luaran. Ada yang memandang kecantikan dari segi dalaman.

Sebut tentang kecantikan, sepanjang bulan September ni sahaja, Shaklee telah menawarkan promosi set The Radiant 4 yang mengandungi produk-produk seperti berikut:

1. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
2. Collagen Powder
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. GLA Complex

September PROMO is here! 



Empat unsur asas yang penting untuk kulit sihat berseri adalah untuk "membina, menganjal, melindungi dan melembab". Keempat-empat unsur ini adalah rahsia nutrien yang utama dalam membantu mencantikkan kulit supaya lebih sihat dan berseri.

1. Membina - Protein

Sebagai blok asas penghasilan kulit. Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Menggunakan sumber protein yang tidak diubah suai genetik serta mengandungi 9 jenis asid amino.

2. Menganjal - Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

Collagen Powder

Size molekul adalah yang terendah iaitu 1000 dalton yang memudahkan penyerapan kolagen serta ditambah dengan 7 bahan aktif yang lain.

3. Melindungi - Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

Sustained Release Vita-C Plus

Mempunyai sistem pelepasan (sustained release) sebanyak 500mg vitamin C untuk 5 jam. Ditambah dengan 120mg bioflavonoids daripada buah citrus.

4. Melembab - GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

GLA Complex

Diambil dari minyak borage yang asli, kepekatan GLA yang tinggi iaitu 17% ke 25%. Diformulasikan khas dengan gabungan GLA, minyak bunga matahari, omega 6 dan vitamin E.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi Liyana. COD juga available seluruh Pulau Pinang. Perkhidmatan pos keseluruh Malaysia dengan menggunakan Pos Laju, Gdex atau CitiLink.

Terima kasih & Assalamualaikum.

The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com
FB: Nutraceutical Liyana
IG: nutraceutical.liyana
Call/SMS/Whatsapp: 016 219 4929

Assalamualaikum & Hi

Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial.


Shaklee, yang ditubuhkan pada 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.

1910s

  • 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s

  • 1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s

  • Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
  • Shaklee memperkenalkan Instant Protein

1970s

  • 1970 Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s

  • 1985 Shaklee terpilih oleh Wild Dolphin Project sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.
  • 1986 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.
  • 1987 Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.
  • 1989 Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.
  • 1989 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran).

1990s

  • 1990 Basic-H, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.
  • 1991 Shaklee memperkenalkan Basic-D, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.
  • 1992 Shaklee Cares, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.
  • 1995 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.
  • 1996 Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.
  • 1998 Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

2000s

  • 2000 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan Climate Neutral dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 dalam semua aktivitinya.
  • 2000 Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau pertama di dunia yang mampu menjimatkan tenaga dengan cekap dan memenangi anugerah. Ia dibina dengan menggunakan bahan-bahan daripada sumber yang berkekalan termasuk kayu yang diiktiraf mampan, karpet dan plastik kitar semula. Pada 2001, Shaklee telah dianugerahi Savings by Design Energy Efficiency Integration Award oleh Institut Arkitek Amerika.
  • 2005 Shaklee menjadi rakan kerjasama utama Green Belt Movement, yang diasaskan oleh Dr. Wangari Maathai, pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004.
  • 2006 Dr. Wangari Maathai menjadi Duta Global untuk Sejuta Pokok, Sejuta Impian™, kempen alam sekitar Shaklee yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim global dan merintis usaha penanaman pokok di Amerika Utara dan Afrika.
  • 2006 Buat julung-julung kalinya, sempena ulang tahun syarikat ke-50 di San Francisco, Shaklee menganjurkan persidangan peneutralan karbon melalui inisiatif pengimbangan pelepasan gas rumah hijau. Ia dihadiri oleh kira-kira 10,000 peserta.
  • 2006 Shaklee terpilih sebagai Climate Leader EPA A.S., yang berazam untuk mengekalkan impak sifar bersih terhadap perubahan iklim dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau sebanyak 100% sehingga tahun 2009.
  • 2006 Kepimpinan Shaklee dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan mewujudkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika telah mendapat pengiktirafan Presiden Bill Clinton dan Clinton Global Initiative.
  • 2007 Shaklee menjadi ahli pengasas Business Council on Climate Change, sebuah organisasi perniagaan yang menjadi inspirasi dan model pemuliharaan global dengan pelaksanaan pelbagai usaha yang berkesan dan menjimatkan bagi menangani krisis perubahan iklim.
  • 2007 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk ekspedisi GlobalWarming101.com yang diketuai oleh penjelajah kutub Will Steger. Ekspedisi serba canggih ini merangkumi satu kempen pendidikan yang ekstensif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar di seluruh Amerika mengenai kesan perubahan iklim global terhadap lima komuniti Inuit di Artik.
  • 2007 Shaklee menjadi syarikat produk pengguna yang pertama berjaya mengimbangi 100% pelepasan gas CO2 melalui program Climate Leader EPA dan menggunakan 100% tenaga hijau.
  • 2007 Shaklee dipilih oleh kumpulan sokongan kanak-kanak terkemuka negara, Healthy Child Healthy World, sebagai rakan eksklusif untuk sebuah video baharu bertajuk “Creating Healthy Environments for Children (Mewujudkan Persekitaran yang Sihat untuk Kanak-Kanak).”
  • 2007 Shaklee dipilih oleh penerbit THE 11th HOUR, sebuah filem dokumentari yang disampaikan oleh Leonardo DiCaprio, sebagai rakan kongsi atas kecemerlangan prestasinya dalam menerajui penjagaan alam sekitar.
  • 2007 Shaklee bekerjasama dengan Dr. Jeffrey Sachs dan Earth Institute di Universiti Columbia untuk membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara langsung dengan membiayai pemasangan lampu LED berkuasa solar di Malawi. Projek pemasangan ini menggantikan penggunaan lampu sumbu minyak tanah iaitu sumber tenaga yang memudaratkan dan tidak cekap dengan sumber mampan yang lebih baik untuk membaca dan tugas harian penduduk kampung di Malawi.
  • 2008  Shaklee disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Rakan Niaga Runcit Terbaik oleh Green Power Partnership EPA bagi mengiktiraf sumbangannya sebagai pembeli utama tenaga hijau.
  • 2009 Shaklee dianugerahi Clean Air Award oleh Breathe California bagi menghargai kepimpinannya dalam mengurangkan pemanasan global dan meningkatkan kualiti udara.
  • 2009 Shaklee dianugerahi Business Environmental Award for Sustainability dari Acterra: Action for A Healthy Planet atas usaha-usahanya dalam pemuliharaan alam sekitar, kepimpinan tindakan kelestarian iklim dan kesamaan taraf sosial.

2010s

  • 2010 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2010 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2011 Shaklee sekali lagi mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2011 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2012 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon untuk tiga tahun berturut-turut. Inventori rumah hijau bagi tahun 2012 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2014 Shaklee telah menjimatkan sehingga 1 juta gelen air di ibu pejabatnya yang terletak di California, penambahbaikan yang dilakukan dari bangunan dan prasarana kami.
  • 2015 Tahun 2015: Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang indah membuka pintu di kemudahan 16,000 kaki persegi, peralatan saintifik paling maju, di mana ahli-ahli sains Shaklee akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk menjadikan dunia ini ruang yang lebih baik dan lebih sihat.
  • 2015 Shaklee mencapai keahlian 1.2 juta di seluruh dunia, $ 7 bilion dalam komisen, dan pelaburan $300 juta sejak penubuhan Shaklee.

Sumber dari Shaklee 


The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com
FB: Nutraceutical Liyana
IG: nutraceutical.liyana
Assalamualaikum & Hi

Shaklee telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia melebihi 20 tahun dan kami amat komited dalam membantu dan menjadi sebahagian daripada masa depan mereka. Kami berpegang pada berbakti kepada masyarakat, maka Shaklee Cares ditubuhkan: sebuah inisiatif yang memberi fokus untuk membalas jasa masyarakat dan membina kehidupan yang lebih sihat. Program ini memberi fokus utama dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada kaum wanita dan generasi muda. Sejak 14 bulan yang lepas, Shaklee telah menyumbang lebih RM16 juta atas dasar kebajikan di Malaysia
Di Malaysia, Shaklee Cares mempunyai beberapa saluran yang difokuskan untuk inisiatif kemasyarakatan yang berbeza: Shaklee Cares for our Children, Shaklee Cares for Our Youth and Shaklee Cares for our Women
Shaklee Cares for Our Children berusaha dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak di negara ini dengan memberikan bantuan nutrisi. Pada tahun lalu, Shaklee telah membekalkan bantuan nutrisi kepada lebih 50,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah. Kami telah berkerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan dan badan kebajikan amal tempatan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini, seperti:

1. MyKasih Foundation
2. Malaysia Red Crescent
3. PACOS Trust (Partner of Community Organizations in Sabah)
4. NCWO (National Council Women Organization)
5. SAWO (Sabah Action Women Organization)
6. WIN (Wanita Inspirasi Negara)

Shaklee Cares for Our Youth menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan belia melalui penajaan aktiviti dan program sukan. Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah memberi tajaan kepada beberapa program seperti Penang StarWalk 2015, Walk Wheelathon 2015, STAR Fit For Life 2015, Subang Jaya 10KM Run, MURFest (Malaysia Urban Retreat Festival), dan juga SCORE FitMob 2015 & Kayuhan Hari Sukan Negara 2015 yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2015.

Shaklee Cares for Our Women telah diadakan untuk membantu para wanita menaik taraf kehidupan mereka dan kesejahteraan hidup melalui program yang memberi fokus kepada jati diri, bantuan permulaan perniagaan, program bimbingan dan program gaya hidup sihat seperti kelas Zumba. Bersempena itu, Shaklee Malaysia dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelantikan Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sebagai duta Shaklee Cares. Wanita yang penuh dengan pencapaian, kejayaan dan disegani, Tan Sri Zaleha, pernah berkhidmat sebagai Menteri pembangunan masyarakat dan perpaduan antarabangsa, dan juga tidak asing lagi dalam sumbangan beliau dalam memperkasakan wanita, kanak-kanak dan perpaduan keluarga bukan sahaja di Malaysia, namun seluruh dunia. Pada tahun 2011, Tan Sri telah menerima Anugerah Keamanan Global di atas komitmen beliau dalam memperjuangkan keamanan dan perpaduan dan pada 2013 pula, beliau dianugerahkan “Tokoh Ibu Harmoni” di atas sumbangan beliau kepada masyarakat. Tan Sri Zaleha akan memberi khidmat dan memberi inspirasi serta membimbing para wanita dalam menaik tarafkan kehidupan mereka.

Di Shaklee, kami mempunya komitmen yang tinggi atas setiap perkara yang memberi faedah kepada Malaysia. Fokus utama kami sejak dulu, kini dan selamanya adalah untuk memberi produk terbaik di dunia untuk memupuk kehidupan yang sihat dan memberi sokongan penuh serta memperkasa usahawan tempatan untuk membina perniagaan mereka dan membina kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat mereka.

Ikuti kami di Facebook untuk maklumat dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.


Sumber dari Shaklee 



The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com
FB: Nutraceutical Liyana
IG: nutraceutical.liyana


Assalamualaikum & Hi




Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Safe for You, Your Home, and Your Planet


Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.

Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet.

Sumber dari Shaklee 


The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com


IG: nutraceutical.liyana
Assalamualaikum.


Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee "Always Works".

Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.


Sumber dari Shaklee


The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com

IG: nutraceutical.liyana
Assalamualaikum. 

"Keselamatan dan Standard Kami Tiada Tandingannya"


Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami "Always Safe".

Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.

Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.



Tiada Bahan Tiruan
Tiada Perisa Tiruan
Tiada Pemanis Tiruan
Tiada Pengawet Tiruan
Tiada Pewarna
Tiada MSG
Tiada Lemak Trans
Tiada Bahan Kimia
Tiada Paraben
Tiada Bisfenol-A
Tiada Dakwat Toksik
Tiada Peluntur Klorin
Tiada Formaldehid
Tiada Natrium Hidroksida

Sumber dari Shaklee

The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com


IG: nutraceutical.liyana
Assalamualaikum.



Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih




Saya mulakan ucapan bismillah sebagai pembuka bicara. Blog ni adalah untuk berkongsi serba sikit info mengenai produk-produk shaklee.


Dari semasa ke semasa saya akan berkongsi articles-articles, kelebihan, fungsi, cara penggunaan product shaklee, dan juga review atau feedback dari pengguna.



Saya akan group-kan kepada 4 kategori utama:-

1. Healthy Nutrition
2. Healthy Weight
3. Healthy Beauty
4. Healthy Home



So stay tuned~



Till then, have a nice day and assalamualaikum.



The Shaklee Difference
Always Safe, Always Works, Always Green

Shaklee by Liyana
SID: 1106589
Email: nutraceutical.liyana@gmail.com
IG: nutraceutical.liyana